Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 15, 2009

Sekapur Sirih

Saya mencipta blog ini dengan niat untuk menulis perkara-perkara yang telah saya baca daripada buku-buku berkaitan perkembangan kanak-kanak. Buku-buku ini telah saya baca semenjak saya mengandungkan anak pertama, dan kini anak saya telah berumur setahun setengah dan saya masih membaca. Saya telah mengaplikasikan beberapa cadangan dan aktiviti yang ditulis di dalam buku tersebut.

Saya dapati aktiviti-aktiviti tersebut amat membantu saya dalam membesarkan anak di mana saya dapat menjalinkan hubungan yang akrab dengan anak, melihat perkembangannya dalam memahami kehidupan sekeliling (terutama dalam aspek komunikasi) dan tentunya melihat si anak sentiasa sibuk 'mengkaji' dunia di sekelilingnya (walaupun akan menyebabkan kita kepenatan!).

Walaupun secara individu saya tidak tahu keberkesanan aktiviti-aktiviti tersebut untuk melahirkan seorang anak yang berjaya, berguna dan berakhlak mulia di masa hadapan (walaupun telah terbukti ke atas anak-anak yang lain seluruh dunia), saya percaya bahawa apa yang saya lakukan sekarang adalah sebagai satu 'pelaburan' masa hadapan yang tidak akan dapat saya ulangi sekiranya saya 'tertinggal' saat-saat manis ini. Apa yang kami mahukan sebagai suami isteri ialah membesarkan anak yang dapat melalui zaman kanak-kanak yang bahagia disamping membentuk mereka menjadi orang yang berguna secara keseluruhan.

Sekarang, saya sedang mengandung anak kedua, dan saya teringin untuk menulis perkara-perkara berfaedah yang telah saya perolehi di blog supaya mungkin dapat berkongi dengan ibu-ibu atau bapa-bapa yang lain. Dan juga mungkin ibu bapa lain mahu berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka supaya kita semua dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berjaya di masa hadapan. Saya percaya, di zaman yang mana pengetahuan adalah tanpa batasan, ibu bapa diberi peluang untuk belajar cara-cara terbaik membesarkan anak-anak mereka, dan bukan sekadar mengikut sahaja apa yang diperturunkan kepada mereka.

I hope that I will be comitted to continuously write in this blog :) Your comment either in Malay or English for the things that I wrote is highly appreciated..

No comments:

Post a Comment